PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

        Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

        Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “CARA MENGATASI BERLELUASANYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN JUGA MASYARAKAT”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Ustazah Noraini kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

        Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment

DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI MASYARAKAT. TERANGKAN CARA...