HUKUM BERAMAL DENGAN PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL
Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah SYIRIK.
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan tahayul, misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur,telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.
MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T (YUNUS : 106)” :
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”
MAKSUD HADITH NABI MUHAMMAD S.A.W. :
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)
Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.
No comments:
Post a Comment