CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT:
KERAJAAN
Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat. Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni Mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah terutamanya dikalangan remaja Islam. Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam. Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.
Pihak Kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan masyarakat. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem. Pihak Kementerian mestilah mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan para masyarakat kita dariapada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Contohnya, pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori agar dia tidak mengeluarkan filem yang sama.
PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
Kita mestilah menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya.
PERANAN DIRI SENDIRI
Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
No comments:
Post a Comment