Saturday, July 15, 2017



DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI MASYARAKAT. TERANGKAN CARA UNTUK MENGATASI GEJALA BERIKUT.


SESI : JUN 2017


NAMA PENSYARAH :
PUAN NORAINI BINTI NAWAWI


NAMA AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD TAUFIQ BIN NGADIRAN (02DEE15F1060)
NOR FIKRI HAKIM BIN ROSLI (02DEE15F1089)
MUHAMMAD AMIRUL BIN AZMI (02DEE15F1028)
MUHAMMAD ZAILANI BIN RAZALI (02DEE15F1085)




PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

        Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

        Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “CARA MENGATASI BERLELUASANYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN JUGA MASYARAKAT”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Puan Noraini Binti Nawawi kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

        Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.


OBJEKTIF: 
  • Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
  • Kerajaan juga mesti menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 
  • Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.


PENGENALAN 
       Pada masa kini, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dalam filem dan penyiaran. Namun bentuk-bentuk hiburan sebegini telah mengundang kealpaan dalam diri manusia yang terlalu mengejar keuntungan semata-mata. Tidak salah seandainya mahu berhibur namun, seseorang perlu tahu batas yang ditetapkan. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsur komedi, romantik, aksi mahupun seram.

        Berbincang mengenai hiburan ini, isu yang ingin diutarakan ialah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam Islam terutamanya di dalam filem yang kebanyakkannya merosakkan akidah umat Islam. Di antara filem yang mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah filem berbentuk seram. Keadaaan ini dibuktikan apabila setiap kali tayangan filem berunsur seram ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, kutipan julan tiket mendapat sambutan hangat berbanding filem bercorak kerohanian. Situasi ini telah menyebabkan semakin ramai pengarah filem tempatan mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem-filem berunsur hantu dan seram.

        Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tdak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Pengiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk. 

        Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

        HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”DBP 1997 “Media massa,sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan.Bagaimanapun,kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif” .Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran masyarakat.

        Oleh yang demikian, tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai murni. Saya kongsikan sedikit research yang telah dijalankan oleh kami, Unit Penyelidikan dan Maklumat Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILMAM)

Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik. Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat. Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah Islam.

Pada tahun 21 November 2005, JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini dengan menerbitkan pula “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkara ghaibiyyat dsan persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib.


PENGERTIAN KHURAFAT:
        Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut. Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu   dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan. Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:
        
   Yang bermaksud:

        “Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu   hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid”. 


PENGERTIAN SYIRIK:  
·          Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT. Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok   besar yakni: 

1. SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T:
  •  Syirik Rububiyyah

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.

  • Syirik Uluhiyyah

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.

  • Syirik Asma' Wa Sifat

Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.

 2. SYIRIK MENURUT KADARNYA 
  •      Syirik Akbar (besar)

Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
        Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya.
-            Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya.
-            Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWT atau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut.
-            Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.

  • Syirik Ashghar (kecil)

Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'. 

  • Syirik Khafi (tersembunyi)

Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.


3. SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
  • Syirik I'tiqodi

Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.

  • Syirik Amali

iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah, dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.

  • Syirik Lafzhi  

Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya, "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).


ANTARA ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM GARIS PANDUAN YANG PERLU DITEKANKAN DI DALAM PERFILEMAN
PENERBITAN
Takrif
Menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), penerbitan ditakrifkan sebagai:
  • Dokumen, akhbar, buku dan majalah;
  • Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat;
  • Apa-apa jua yang mengikut rupa bentuknya atau dengan apa juga cara boleh membayangkan kata-kata atau idea-idea, dan;
  • Rakaman suara iaitu apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik insrumental atau lain-lain bunyi dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper laser. Menurut Kamus Dewan bahawa, audio visual pula adalah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan. Oleh itu Garis Panduan ini juga adalah digunapakai bagi semua bentuk penerbitan yang melibatkan audio visual dalam aspek perfileman, meliputi sinematografi, pita, video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras atau rekod lain bagi suatu urutan imej gambar tampak yang merupakan suatu rekod yang digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak sama ada atau tidak diiringi oleh bunyi.



KEPERCAYAAN KEPADA BENDA BENDA KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT DAN GHAIBIYYAT.
Takrif
      Mengikut Kamus Dewan, istilah keramat bermaksud; suci dan berkat daripada kesuciannya itu (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat (seperti menyembuhkan penyakit, memberi keselamatan dan sebagainya). Ia juga bermaksud tempat atau sesuatu yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat.

      Menurut Kitab Al-Mu’jam al-Wasit, khurafat adalah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Manakala mengikut Kamus al-Marbawi bahawa khurafat ialah; sebarang cerita yang benar-benar dusta. Pendapat lain menyebut bahawa; khurafat adalah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenarannya.

       Berdasarkan takrif tersebut dapat dibuat kesimpulan bahawa khurafat ialah sesuatu perkara mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (legenda) yang karut atau tahyul yang menyimpang dari ajaran Islam.

        Manakala istilah tahyul pula adalah bermaksud; semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampuraduk dengan perkara-perkara yang dusta.

       Manakala kebudayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

      


CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT DAN TAHAYUL
KHURAFAT:
  • Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
  • Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
  • Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.
  • Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.
  • Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
  • Jika anak-anak kecil terserang penyakit perut digantungkanlah sepotong aur kuning pada leher anak itu kerana menganggap aur kuning dapat menolak penyakit.
  •  Mengambil daun pisang beserta pelepahnya pada petang hari dianggap dapat menyebabkan kematian dalam perjalanan.
  •  Pohon anjuang yang di tanam di sawah dan ladang dianggap dapat mengusir hantu pembawa hama tanaman. Pohon anjuang yang ditanam di kuburan dianggap dapat menghindarkan gangguan hantu kubur pada roh-roh mati di dalam kubur.
  •  Merangkai bunga melati pada malam hari dianggap dapat menghadirkan roh-roh gadis remaja.
  •  Burung hantu yang bersuara pada malam hari dianggap sebagai pertanda akan ada perempuan melahirkan anak.
  • Kupu-kupu yang masuk ke rumah dianggap sebagai petanda akan datang seorang tamu. 
  •  Mendapatkan barakah dengan mencucup tangan para ulama. Demikian itu dikerjakan dengan kepercayaan bahwa berkah Allah kepada ulama itu akan berlimpah kepadanya.
  • Memakai ayat-ayat al-Quran untuk azimat menolak bala' , pengasihan dan sebagainya. 
  •  Mengambil wasilah (perantara) orang yang telah mati untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Mereka menziarah ke kubur para wali dan ulama besar serta memohon kepada Allah agar doa (permohonan) orang yang menziarah kuburnya itu dikabulkan. Ada yang memohon dapat jodoh, anak, rezeki, pangkat, keselamatan dunia akhirat dan sebagainya. Mereka percaya dengan syafa'at (pertolongan) arwah para wali dan ualama itu, permohonan atau doa mesti dikabulkan oleh Allah S.W.T kerana wali dan ulama itu kekasih-Nya. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok, kayu dan seumpanyanya.
TAHAYUL:

  • Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok, kayu dan seumpanyanya.
  • Kepercayaan kepada bertambahnya dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi
  • Pemujaan objek-objek tertentu,roh nenek moyang dan kubur.
  • Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang,angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
SENARAI FILEM, DRAMA ATAU SEBARANG AUDIO VISUAL YANG MENGANDUNGI UNSUR UNSUR KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL, KEBUDAYAAN KARUT ATAU GHAIBIYAT.


                


              



                      


                

             


HUKUM BERAMAL DENGAN PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL

        Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul ialah SYIRIK.
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda khurafat dan tahayul, misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur,telaga dan sebagainya serta yakin terhadap kuasa selain daripada Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.


MAKSUD FIRMAN ALLAH S.W.T (YUNUS : 106)” :

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”

MAKSUD HADITH NABI MUHAMMAD S.A.W. :

Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)


Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.

PUNCA DAN AKIBAT DARIPADA PENGHASILAN FILEM YANG BERUNSUR KHURAFAT
PUNCA:

        Antara puncanya ialah pengetahuan luar biasa bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka ada sehingga mengakibatkan masyrakat terperdaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini. Sebagai seorang penganut agama Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah s.w.t.

        Punca lain ialah wujudnya perasaan terlalu takut terhadap hantu,jin dan syaitan sehinggakan sanggup memberi salam dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap mempunyai keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah memandikan kereta dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk mengelakkan bala bencana.

AKIBAT:

        Terdapat beberapa unsur negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.


        Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolak bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala.


Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu. Dari Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda “Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia katakana,sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam” (HR Abu Daud)

        Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan.Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik.Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.


       Kanak-kanak belajar daripada pemerhatian.Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak-kanak terikut-ikut dengan perkara tahayul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.

        Perkara ghaibiyyat pula ialah perkara-perkara mengenai akidah Islam yang tidak nampak dengan mata kasar, tetapi wajib dipercayai oleh semua umat Islam. Ianya meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, malaikat, persoalan roh, alam akhirat, alam kubur dan mati, dan juga alam makhluk halus dari kalangan jin.

CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT:  

KERAJAAN
        Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat. Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.

        Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni Mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah   terutamanya dikalangan remaja Islam. Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam. Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.

        Pihak Kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan masyarakat. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem. Pihak Kementerian mestilah mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan para masyarakat kita dariapada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Contohnya, pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori agar dia tidak mengeluarkan filem yang sama.


PERANAN MASYARAKAT
        Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

        Kita mestilah menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya.

PERANAN DIRI SENDIRI
        Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.


KESIMPULAN

        Secara rumusannya, kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Sebagai contoh, pengajaran yang kami dapat daripada perwatakan Ustaz Adam dalam filem Munafik. Beliau sentiasa bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah mahupun senang.

        Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat. Contohnya, melalui perjanjian syaitan dan iblis dalam lakonan Pak Osman, beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hatinya terhadap Ustaz Adam.

   Tambahan pula, sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran, kita perlulah sentiasa tegas dalam membanteras dan membendung masalah yang berkaitan pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan. Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam keseluruhan masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya. Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsur khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam negara.  


      Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.


Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: “Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam.” (Hadis riwayat Tabarani)



RUJUKUAN


DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI MASYARAKAT. TERANGKAN CARA...